Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertegaskan sekali lagi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa kalimah Allah eksklusif bagi umat Islam.

"Dari sudut keputusan fatwa, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan yang jelas bahawa kalimah Allah adalah eksklusif untuk umat Islam.

"Pemakaian dan pewartaan adalah di bawah bidangk uasa negeri masing-masing," kata Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha melalui SMS sebagai menjawab soalan Malaysiakini hari ini.

Setiausaha Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) itu bagaimanapun mengelak menjawab soalan berhubung perbezaan pendirian dalam Enakmen Agama Bukan Islam Selangor 1988 dan Penyelesaian 10 Perkara yang diputuskan Kabinet, seperti dibangkitkan PAS.

PAS Isnin lalu mendesak MFK membu

at ketetapan segera berhubung penggunaan kalimah Allah selepas serbuan dan rampasan Bible berbahas Melayu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Persatuan Bible Malaysia di Petaling Jaya.

Ketua penerangan parti Islam itu mahukan penjelasan pihak berkuasa agama supaya tidak ada dwistandard dan menimbulkan tanggapan tidak baik terhadap bukan Islam.

Majlis Fatwa itu berhujah antaranya perkataan Allah bagi umat Islam merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang Kristian merujuk ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity.

Selain itu, perkataan Allah tidak pernah terdapat dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible.

Demi kesucian dan identiti Islam, umat Islam perlu bertegas kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain.