Pengedar kereta terpakai sokong dasar automotif
Pengedar kereta terpakai menyokong Dasar Automotif Negara 2014 kerana pengurangan harga secara berperingkat-peringkat akan memberi manfaat kepada pengedar dan pembeli kereta.
Presiden Persatuan Persekutuan Syarikat-syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM) Datuk Tony Khor berkata, walaupun harga kereta terpakai ditentukan oleh permintaan dan bekalan, pemacu utama harga kereta terpakai sebenarnya adalah harga kereta baru.
"Untunglah pengurangan harga sebanyak 30 peratus menjelang 2018 akan berlaku secara berperingkat-peringkat dan membolehkan kesan terhadap pengedar kereta terpakai menjadi tidak begitu teruk.
"Kita akan berhadapan dengan sedikit kesukaran tetapi dalam jangka masa panjang tidaklah begitu susah.
"Kalau terus dilaksanakan (pengurangan harga), pengedar kereta terpakai yang dianggarkan menyimpan kira-kira 100,000 kereta dalam inventori mereka kena tutup kedai dan muflis," katanya.

