Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengakui berdepan kesukaran untuk mendapatkan bukti bagi menentukan pihak yang terlibat dengan kegiatan sindiket mengemis.

"Ada masyarakat kata ada sindiket, tapi bila Jabatan Kebajikan Masyarkat buat operasi berterusan, susah untuk mendapatkan bukti bahawa ada sindiket.

"Segala operasi kita melibatkan agensi yang berkaitan antaranya polis, pihak imigresen, AADK (Agensi Anti Dadah kebangsaan). Tapi itulah untuk kita dapat bukti sindidket itu, bukan suatu perkara yang mudah," kata Timbalan Menteri Datuk Azizah Mohd Dun di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Dr Hatta Ramli (AMANAH-Kuala Krai) sama ada kerajaan boleh mengesahkan wujudnya sindiket pengemis dan bentuk tindakan terhadap kumpulan yang terbabit.

Mengulas kenyataan Datuk Seri Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang mengetuai Biro Kebajikan Umno, bahawa beliau mengesahkan wujudnya sindiket pengemis, Azizah menjawab:

"Mereka terlalu pandai, kalau kita nak tangkap bawah 18 tahun, lepas itu mereka bawa (pengemis) 18 tahun (ke atas). Mereka ini amat licik sekali," katanya.

Bagimanapun Azizah yang juga naib ketua Wanita Umno berkata kementeriannya sentiasa mengadakan operasi mengesan pengemis termasuk membabitkan yang berumur 60 tahun ke atas.

"Bagi 60 tahun ke atas kita membawa mereka ke rumah Seri Kenangan dan menjaga mereka selama tiga tahun.

"Jika ada ahli keluarga mereka, kita akan kembalikan," katanya

Beliau berkata pihaknya memberikan khidmat kemahiran dan latihan kepada pengemis yang berumur bawah 60 tahun supaya mereka mencari pekerjaan selepas itu.

Lihat Komen
ADS