Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau tidak mempunyai kuasa untuk menutup mulut presiden firma pelaburan 1MDB Arul Kanda Kandasamy jika beliau mahu berdebat dengan ahli parlimen DAP Tony Pua atau individu lain.

Pandikar memberi penjelasan itu berhubung soalan Pua sama ada Arul Kanda - yang menjadi saksi PAC - tidak dibenarkan hadir dalam siasatan berhubung skandal firma terbabit jika berdebat dengan individu lain pada Jumaat ini.

"Saya tidak ada kuasa untuk isu gag order (arahan tutup mulut) kepada orang yang tidak terlibat dengan PAC sebagai ahli," katanya di Dewan Rakyat selepas sesi pertanyaan soalan lisan berakhir.

Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) adalah anggota PAC yang sedang menyiasat skandal firma pelaburan itu yang kini sarat dengan hutang.

Semalam, Pandikar mengarahkan Pua melepaskan jawatan sebagai anggota PAC ataupun tidak terlibat dalam prosiding menyiasat 1MDB jika berhasrat meneruskan debat tersebut .

Pandikar hari ini, sekali lagi menegaskan beliau tidak berganjak dengan keputusannya untuk tidak membenarkan Pua meneruskan hasratnya berdebat mengenai skandal 1MDB.

Katanya, beliau perlu campurtangan berhubung perkara ini memandangkan skandal 1MDB itu masih dalam siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dturut dianggotai Pua kerana mahu menjaga integriti parlimen dan kredibiliti jawatankuasa parlimen itu.

Pandikar turut merujuk insiden yang sama dengan seorang anggota parlimen Austarlia yang tidak dibenarkan terlibat dalam PAC kerana berdebat isu yang sedang disiasat oleh jawatankuasa yang dianggotainya.

"Saya berpegang teguh pendirian saya... Saya tak benarkan. Boleh dibahas (tetapi) selepas penyata (laporan PAC dibentangkan). Kalau mahu meneruskan dan pembangkang juga mahu, maka saya rasa tidak boleh pertahan integriti parlimen, sukacita letak jawatan.

"Jadi saya harap perkara berakhir di sini. Terpulang kepada kerajaan dan pembangkang untuk buat tindakan. Apa hujah selepas ini, saya tidak akan mengubah pendirian saya buat," katanya.

Tambahan pula, katanya, laporan PAC selepas ini akan dibahas oleh ahli parlimen di Dewan Rakyat pada sesi ini.

Pandikar menjawab pemintaan Lim Guan Eng yang bangun dan merayu supaya beliau tidak menghalang perdebatan di antara Pua dan Arul Kanda sekaligus mengelak speaker dilihat terlibat dalam kontroversi tersebut dan menghalang sebarang pandangan tak baik terhadap dirinya.

Lim (DAP-Bagan) membuat permohonan tersebut berdasarkan Perkara 85 Peraturan Mesyuarat.

Lihat Komen
ADS