Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Shabery Cheek berkongsi keresahan anggota parlimen pembangkang dan mengakui tindakan agresif nelayan luar, khususnya di laut dalam.

Berucap dalam sesi penggulungan Bajet 2016 bagi kementeriannya, Shabery (BN-Kemaman) berkata perkara itu antaranya disebabkan faktor taraf hidup dan permintaan negara luar serta keupayaan nelayan tempatan berbanding negara asing.

"(Jumlah) penduduk di China, Thailand, Vietnam tiga atau empat kali ganda daripada Malaysia. Taraf hidup semakin tinggi, jadi mereka nak makan ketam, ikan dan laut mereka terbatas.

"Pesisiran pantai Malaysia yang luas, jadi (mereka) terliur datang ke Malaysia untuk cari ikan di Malaysia.

“Dahulu kita bagi lesen laut dalam kepada rakyat, tapi rakyat tak mahu pergi, maka diberikan kepada nelayan China, Thailand," katanya mengulas kebimbangan Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (AMANAH-Kuala Terengganu) berhubung nelayan luar yang agresif menangkap ikan di luar dan dalam kawasan Malaysia.

Shabery berkata kementeriannya sedang meneliti beberapa perkara untuk mengatasi perkara itu, termasuk memperketat langkah seperti tidak memberikan lesen kepada nelayan luar jika tiada awak-awak dan tekong rakyat tempatan.

Selain itu, beliau yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno mengambil perhatian serius itu tindakan memunggah ikan di tengah laut.

"Ikan kita dirompak keluar, kita tidak akan benarkan. Saya fikir ia terlalu serius," katanya.

Akademi Perikanan ambil masa

Selain itu, kerajaan juga menubuhkan Akademi Perikanan untuk menyediakan tenaga kerja yang lebih bersedia dan berjiwa besar berada di tengah laut.

"Jadi ia mengambil masa... Ada negara yang tidak beri lesen langsung (tangkap ikan di negara mereka). Jadi saya ambil panduan ini supaya kita lebih keras tangkap ikan di laut dalam," katanya.

Sebelum itu, Shabery menjawab beberapa pertanyaan beberapa parlimen berkaitan isu harga dan pengeluaran padi di negeri-negeri Jelapang Padi.

Umumnya, beliau berkata rancangan kerajaan untuk meningkatkan hasil padi dengan meningkatkan tahap keberkesanan dan keupayaan pengeluaran padi wangi yang bermutu khususnya di di Rompin.

Shabery juga menjawab dan mengambil maklum berhubung punca-punca yang menjejaskan penghasilan pengeluaran padi termasuk cuaca dan penyakit dan penggantungan kepada orang tengah.

"Ada faktor lain termasuk masalah saliran, mesin, jentera iaitu (masalah) sikap. Kita perlu memperbaiki sikap supaya berdaya tahan lebih tinggi," katanya.

Lihat Komen
ADS