Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Peraturan baru PKR yang menghalang calon pemilihan parti daripada mengadakan ceramah dan membuat jamuan makan besar-besaran dengan kehadiran lebih 100 orang bukan menyasarkan Rafizi Ramli yang bertanding jawatan timbalan presiden.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata demikian ketika diajukan soalan sama ada naib presiden parti itu adalah sasaran.

"Tidak. Ia untuk semua calon," katanya ketika ditemui selepas menyertai solat Aidiladha di Surau Al Falah, Taman Cempaka, Ampang, Selangor, hari ini.

Berdasarkan pekeliling PKR bertarikh 19 Ogos, Malaysiakini melaporkan parti itu memperkenalkan beberapa peraturan baru yang ketat .

Ini termasuk mengadakan ceramah dan membuat jamuan makan besar-besaran dengan kehadiran lebih 100 orang dan kempen tersebut harus diadakan di tempat tertutup.

Selain itu, PKR juga menghalang calon daripada menggunakan imej berkumpulan dalam bahan kempen.

Calon yang melanggar peraturan baru ini berdepan risiko tindakan tatatertib atau disingkirkan daripada bertanding dalam pemilihan parti sama sekali.

Dalam suratnya yang membantah beberapa peraturan baru itu, Rafizi mendakwa kod etika berkenaan ditujukan kepadanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS