Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Exco Perak Paul Yong kembali bertugas
Diterbitkan:  Nov 15, 2019 1:47 PM
Dikemaskini: 5:47 AM

Adun Tronoh Paul Yong Choo Kiong kembali bertugas tugas sebagai ahli exco kerajaan negeri Perak, di sebalik perbicaraan kes rogol yang membabitkan dirinya terus berjalan.

Yong berkata beliau telah berbincang dengan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu yang menyokongnya kembali bertugas selepas ditekan untuk bercuti.

"Sehingga hari ini, saya masih kekal dengan kenyataan saya, iaitu saya tidak terlibat dalam tuduhan terhadap saya dan saya dianiayai, saya merupakan mangsa kepada keadaan yang sebenarnya.

“Saya amat yakin bahawa terdapat dalang yang telah merancang segala komplot ini yang bertujuan untuk menjatuhkan kedudukan saya sebagai exco serta mencermakan nama baik saya.

“Ini merupakan satu taktik politik yang amat kotor untuk menganiayai seseorang, terutamanya saya merupakan seorang exco," kata ahli politik DAP itu dalam satu kenyataan hari ini.

Yong yang bertanggungjawab ke atas portfolio perumahan, kerajaan tempatan, pengangkutan awam, hal ehwal bukan Islam dan Kampung Baru, mula bercuti sejak 25 Ogos lalu.

Pada mulanya, beliau enggan berbuat demikian walaupun terdapat desakan, termasuk daripada menteri besar supaya beliau berbuat demikian.

Pada 23 Ogos lalu, Yong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dakwaan merogol pembantu rumahnya berumur 23 tahun di kediamannya di Meru dan kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Peguam Rajpal Singh, yang mewakili Yong, pada Rabu lalu berkata, pihak pembelaan akan memfailkan notis untuk kes yang didakwa mengikut Seksyen 417 Prosedur Kanun Jenayah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi tidak lama lagi.

Lihat Komen
ADS