Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Alhamdulillah, tiada kluster Najib tercetus’
Diterbitkan:  Aug 12, 2020 1:30 PM
Dikemaskini: 5:35 AM

Bekas perdana menteri Najib Razak bersyukur kerana tidak ada kluster Covid-19 yang muncul di kalangan penyokongnya yang berhimpun kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada 28 Julai lalu.

Ribuan penyokong hadir dengan ada yang tidak menggunakan pelitup muka serta tidak menghiraukan penjarakan fizikal semasa Najib didapati bersalah kerana menyalahgunakan kuasa, pecah amanah dan terbabit pengubahan wang haram berhubung penyelewengan lebih RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

“Hari ini genap 15 hari selepas penghakiman mahkamah tinggi kes SRC saya.

“Ini bermakna tiada kluster Najib tercetus sebab tempoh inkubasi Covid 14 hari sudah berlalu.

“Alhamdulillah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini menyuarakan kekecewaannya kerana para peserta himpunan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dan berkata kemungkinan munculnya gugus kluster baru hanya akan diketahui dalam dua minggu lagi.

Najib mengakui himpunan itu adalah satu kesilapan dan mendesak orang ramai supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan untuk mencegah penularan virus berkenaan.

“Kita jangan ulangi kesilapan hari itu.

“Kita perlu sentiasa mengamalkan SOP demi kebaikan semua,” katanya.

Jarang-jarang sejkali berlaku tempoh inkubasi yang memakan waktu hingga 27 hari. Lazimnya kebanyakan kes akan memakan masa antara tiga hingga lima hari sebelum menunjukkan gejala.

Najib pada 28 Julai dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati dia bersalah atas semua pertuduhan - tiga tuduhan pengubahan wang haram, tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan penyalahgunaan kuasa - dan dikenakan hukuman penjara 72 tahun.

Walau bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani 12 tahun kerana hukuman itu akan dijalankan serentak. Nama hukuman ke atas Najib ditangguhkan sementara menunggu rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.


Lihat Komen
ADS