Malaysiakini
BERITA

‘Tak jadi hal’ - Hamzah jawab ancaman Muda

Haspaizi Zain

Diterbitkan

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin memberi gambaran tidak takut berdepan tindakan undang-undang susulan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak meluluskan pendaftaran parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

"Tak jadi hal, kita ikut undang-undang," katanya ringkas kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini.

Hamzah Zainuddin 

Dia diminta mengulas tindakan Muda pada 25 Mac yang memberi masa tujuh hari kepada kerajaan untuk meluluskan pendaftaran parti pimpinan bekas menteri Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atau berdepan tindakan mahkamah.

Naib Presiden Muda Lim Wei Jiet memberi amaran itu melalui surat tuntutan guaman kepada ROS dan Hamzah.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.