Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Junaidi silap kata mesti tunggu mahkamah tentang hal anak kelahiran luar negara'
Diterbitkan:  Aug 18, 2022 4:40 PM
Dikemaskini: 8:40 AM

Kerajaan tidak perlu menunggu sehingga keputusan Mahkamah Persekutuan untuk memulakan proses meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan ibu secara automatik layak memberikan kerakyatan kepada anak mereka, kata peguam Latheefa Koya.

Ini selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan sedang menunggu semua rayuan di mahkamah diselesaikan sebelum ia boleh meneruskan perkara itu.

"Menteri salah! Tak perlu tunggu keputusan Mahkamah Persekutuan...

"Sebenarnya, tidak ada kemahuan politik," kata Latheefa di Twitter.

"Ia semudah menambah perkataan "atau ibu" pada perenggan 1(b) dan 1(c) untuk menamatkan diskriminasi terhadap ibu Malaysia berhubung undang-undang kewarganegaraan,” katanya.

Latheefa menambah, kenyataan yang dibuat oleh ahli parlimen pembangkang juga menunjukkan wujud komitmen untuk menyokong rang undang-undang kerajaan untuk meminda perlembagaan berhubung perkara itu.

"Kenapa takut?" soal bekas ketua pesuruhjaya SPRM itu.

Semalam, Wan Junaidi berkata perkara itu di luar bidang kuasa kerajaan kerana ia perlu menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes itu, dan melibatkan Majlis Raja-raja.

Menteri itu menambah bahawa pindaan perlembagaan memerlukan penglibatan Majlis Raja-Raja.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS