Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Siti Mariah Mahmud mendakwa, isu perkauman yang ditimbulkan sejak akhir-akhir ini adalah "permainan politik Umno kerana kehilangan sokongan daripada rakyat bukan Melayu".

"Sekarang mereka berusaha untuk mendapatkan balik sokongan Melayu Islam, kononnya dengan memperjuangkan Islam," kata Dr Siti Mariah yang juga ahli Parlimen Kota Raja di Selangor.

dr mariah mahmud pas kota raja call for prayer azan khir toyo comments police report 110908 05 Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Khir Toyo yang mendakwa ada usaha untuk menghalang laungan azan di Selangor.

Dr Siti Mariah membuat laporan tersebut di ibu pejabat polis Dang Wangi pada jam 11.30 pagi tadi.

Turut bersama beliau adalah Setiausaha Dewan Muslimat PAS, Aiman Athirah al-Jundi.

Dr Siti Mariah menjelaskan, sebagai ahli PAS, beliau terus komited bersama-sama dengan PKR dan DAP untuk menjaga perpaduan di Malaysia, terutama di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Semak hansard

"Kami tidak sekali-kali membenarkan pihak-pihak begini, untuk membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Malaysia," kata Dr Mariah.

Sehubungan itu beliau menyarankan, jika timbul perkara-perkara yang tidak menyenangkan agama lain, maka ia boleh dibawa berbincang di kalangan pemimpin pakatan terutama di negeri-negeri yang diperintahnya.

dr mariah mahmud pas kota raja call for prayer azan khir toyo comments police report 110908 04 Beliau menafikan isu azan telah dibahaskan oleh (Ahli Dewan Undangan Sri Serdang), Datuk Satim Diman dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

"Pagi ini saya telah terima satu hansard dari Speaker - muka surat 44 hingga 49 iaitu catatan perbahasan Datuk Satim - tidak ada langsung timbul mengenai laungan azan, sedangkan dalam kenyataan Dr Khir, beliau mengatakan PKR dan PAS tidak berbuat apa-apa bila perkara itu timbul," katanya.

Katanya, beliau menyemak hansard tersebut berikutan tulisan blog pembelamelayu.com yang mendakwa Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, menyokong petisyen penduduk membantah azan di Puchong yang diserahkan kepada Satim Diman dan dibawa ke sidang DUN.

Bagaimanapun, katanya, beliau mendapati tidak ada petisyen yang dibawa ke dalam sidang DUN.

Pertahan status quo

Dalam sidang media yang sama, Dr Siti Mariah juga mendakwa, sebelum pakatan memerintah, terdapat juga surau-surau di Selangor yang tidak dibenarkan mengadakan siri-siri tazkirah.

"Sedangkan di Selangor, di bawah Datuk Seri Khir Toyo, surau-surau ada yang tidak berfungsi, (ada yang) dikunci," katanya sambil menambah surau-surau tersebut berfungsi semula di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.

Beliau juga menjelaskan, sebelum Pakatan memerintah, penceramah agama Islam tidak bebas berceramah di Selangor, Perak dan Kedah.

dr mariah mahmud pas kota raja call for prayer azan khir toyo comments police report 110908 01 Ekoran itu, Dr Siti Mariah menafikan bahawa pemimpin DAP di Selangor menghalang atau menganggu hal ehwal agama Islam di negeri itu.

Sementara itu, Aiman Athirah pula menyeru pemimpin dan ahli Umno supaya bertenang kerana menurutnya, Pakatan akan mempertahankan status quo yang sedia ada sekiranya mengambil alih pentadbiran negara.

"Status quo pada Islamnya, status quo pada Melayunya, yang dipersetujui oleh kepimpinan politik antara kaum terdahulu, kita akan pertahankan status quo itu," kata Aiman.

ADS