Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Polis mengeledah bilik yang sewa oleh Persatuan Untuk Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) yang pro-Mahasiswa di Rumah Universiti, awal pagi tadi dipercayai berhubung siasatan terhadap kes meletak kepala babi dalam sebuah surau di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) semalam.

Presiden UMANY, Teh Hoong Keat berkata, kira-kira 30 anggota berpakaian biasa tiba ke rumah itu pada jam kira-kira 1.30 pagi tadi.

Menurutnya, anggota polis berkenaan datang dengan menaiki empat kereta peronda dan sebuah kereta biasa.

Teh berkata, sepuluh anggota yang diketuai oleh seorang yang berpangkat pegawai, naik ke atas dan seorang daripadanya mengeledah bilik mereka.

pig head carcass in universiti malaya um mosque surau 160109 03 Manakala yang lainnya menunggu di bawah di luar Rumah Universiti.

Menurut Teh, anggota polis terbabit mengambil masa 45 minit untuk mengeledah bilik mereka.

"Mereka tidak mengambil apa-apa dan beredar pada kira-kira jam 2.15 pagi," kata Teh kepada Malaysiakini.

Sebelum itu, kata Teh, mereka meminta anggota polis terbabit menunjukkan waran untuk mengeledah mereka.

Tetapi, menurut Teh, pegawai berkenaan memberitahu mereka yang pihak polis boleh melakukannya tanpa memerlukan waran.

Semalam, para mahasiswa UM gempar apabila kepala babi yang dibelah dua, ditemui diletakkan di atas bendera parti PAS di dalam surau APIUM.

Kepala babi itu ditemui oleh salah seorang pelajar pro-Mahasiswa - Mohd Azlan Zainal - yang pergi ke surau tersebut, untuk menunaikan solat Subuh.

ADS