Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Yassin dakwa terpalit kes dadah lepas bantu lelaki kejang kaki
Diterbitkan:  Aug 6, 2019 10:15 PM
Dikemaskini: 2:15 PM

Pelawak Yassin Yahya mendakwa dia ditahan polis pada 25 Jun lalu ekoran berlaku salah faham selepas dia membantu seorang lelaki yang mengalami masalah kejang kaki.

Yassin - mengaku diberkas polis bersama dua individu lain - menjelaskan senario dari sisinya yang berlaku sewaktu dia makan di sebuah restoran mamak di Taman Maluri berdekatan hotel itu.

Katanya, dia langsung tidak terbabit dalam sebarang kes pergaduhan.

“Ia bukan kes gaduh. Ketika itu saya sedang makan di sebuah restoran mamak di Taman Maluri berdekatan sebuah hotel.

“Ketika itu saya nak ke majlis rumah terbuka. Isteri yang berada di dalam hotel telefon dan beritahu ada situasi kecoh di depan pintu bilik kami di tingkat satu.

“Saya bergegas ke situ dan mendapati ada seorang lelaki terbaring sambil pegang alat penyedut (inhaler),” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Pada 27 Jun lalu, media melaporkan seorang pelawak diberkas bersama dua individu selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan di sebuah hotel.

Pemeriksaan badan terhadap wanita itu pula membawa kepada penemuan satu peket dadah disyaki jenis methamphetamine seberat 0.55 gram.

Tak bergaduh tapi dianiaya

Dalam ujian saringan urin, pelawak itu didapati positif ganja manakala dua lagi suspek positif dadah jenis AMP (amfetamina).

Berkongsi lanjut kejadian itu, Yassin berkata, lelaki yang kekejangan kaki itu mengalami masalah semput menyebabkan dia bertindak segera dengan memberi bantuan pernafasan.

“Saya bertanyakan lelaki itu apa boleh dibantu dan dia menyuruh memanggil kekasihnya yang berada di lobi.

“Rupanya sebelum itu mereka bergaduh dan kekasihnya enggan menghiraukan dia. Saya akhirnya naik semula ke tingkat satu berjumpa lelaki terbabit,” katanya.

Menurutnya, dia melakukan bantuan pernafasan itu sebanyak tujuh kali hingga lelaki terbabit pulih sepenuhnya.

“Apabila dia OK, saya bawa dia ke tangga,” katanya.


Baca Selebriti raikan kemenangan Dr M, Harapan


Namun dakwa Yassin, sebaik dia dan isteri hendak keluar dari lokasi tersebut, polis sampai dan menahannya sambil meminta kad pengenalan.

“Selepas menyerahkan kad pengenalan, saya ditahan atas dakwaan kesalahan lampau pada 2006,” katanya.

Dia kemudian dibawa ke balai polis sebelum direman selama satu hari.

“Keesokannya saya dibawa ke mahkamah dan hakim mendapati wujud keraguan dalam kes ini.

“Saya menjelaskan tidak terbabit dengan pergaduhan yang berlaku dan dianiaya. Mujurlah lelaki itu menyampuk memberitahu saya yang membantunya.

“Dadah itu pula bukan kepunyaan saya kerana milik wanita terbabit,” katanya.

Hakim menetapkan Yassin perlu direman sehari sebelum dibebaskan.

Lihat Komen
ADS