Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: M'sia tak mahu setitik darah pun tumpah, tapi...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan tindak akan membiarkan kedaulatan dan keamanan negara tergugat oleh sesiapapun.

NONE "Oleh itu sebagai ketua kerajaaan saya mengambil keputusan, masa untuk kita memberi apa-apa pertimbangan sudah berakhir dan kita bertindak dengan segala kekuatan yang kita ada.

"Soal kedaulatan dan keamanan kita tidak akan biarkan tanah seinci pun digugat, dinodai oleh sesiapapun," katanya bagi memberitahu perkembangan terkini serangan pasukan keselamatan di Sabah.

Mengulas lebih lanjut mengenai serangan pasukan keselamatan Malaysia pada pagi ini, Najib berkata:

"Berita terkini armoured personel carrier apc lahad datu sabah bahawa pada pukul 10 pagi tadi, pasukan keselamatan Malaysia telah melancarkan operasi besar-besaran untuk menumpaskan pencerobohan di Lahad Datu.

"Kita bermula dengan serangan udara melalui pesawat TUDM diikuti dengan kekuatan mortar dan pada saat saya sedang berucap ini, pasukan tentera darat dan anggota polis, dalam kereta dengan anggota yang mengikuti dibelakang sedang melakukan tindakan untuk memberkas, menumpas pasukan yang telah melanggar kedaulatan negara,"katanya.

Menurutnya, tindak tanduk "yang berhemah" tersebut, pada awalnya tidak ada niat lain melainkan untuk tidak membenarkan setitik darah tertumpah di bumi Sabah, sama ada rakyat Malaysia atau kumpulan yang menceroboh.

"Namun umat dukacita, niat murni kita telah dibalas dengan tembakan dengan sangat kejam yang dilakukan kepada pasukan polis kita," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan bersama kumpulan ulama dan pentadbir agama termasuk lebih 10,000 hadirin di Stadium Putra di Bukit Jalil hari ini.

ADS