Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) akan bermesyuarat malam ini bagi memutuskan sama ada akan terus menyertai Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) mengadakan perhimpunan pro-ISA Sabtu ini, ekoran arahan polis supaya ia dibatalkan.

BBPM adalah antara 12 NGO yang menyokong Pewaris untuk mengadakan perhimpunan, ekoran tindakan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menganjurkan perhimpunan anti-ISA, juga Sabtu ini.

Kelmarin, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengarahkan Pewaris dan GMI supaya membatalkan perhimpunan tersebut kerana khuatir ia menimbul ketegangan dan mengganggu keselamatan awam.

Bagaimanapun, Pewaris berkata, pihaknya akan meneruskan perhimpunan tersebut sekiranya GMI masih meneruskan rancangannya itu.

Setiausaha BBPN, Hasan Hamzah berkata, mesyuarat malam ini akan membuat keputusan muktamad mengenainya.

Bagaimanapun, beliau mengulangi pendirian BBPN yang menentang sikap mana-mana yang menentang ISA.

Sementara itu, Timbalan Presiden 11 Pewaris, Rahimuddin Md Harun mengulangi pendirian majlis itu akan meneruskan perhimpunan tersebut, jika GMI tidak batalkan rancangannya.

"Kami merasakan demonstrasi ini perlu bagi mempertahankan ISA," katanya ketika dihubungi hari ini.

ADS