Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (WP) akan menganjurkan demontrasi membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sukan bolasepak  Piala dunia dan penganjuran konsert 12 jam yang membabitkan artis luar Pitbull.

azlan Pemangku ketua Pemuda PAS WP, Herman Shamsudeen berkata, demonstari itu akan diadakan esok bertempat Masjid Jamek Kampung Baru selepas solat Jumaat.

Menurutnya, perhimpunan itu akan turut disertai oleh Setiausaha Pemuda PAS pusat, Kamaruzzaman Mohamad dan Exco Pemudanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Herman berkata, pihaknya tidak memohon permit kerana berhasrat berhimpun secara aman untuk menunjukkan rasa tidak puas hati dengan tindakan kerajaan itu.

NONE Katanya, ia diadakan ekoran kegagalan Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) untuk memberi reaksi terhadap bantahan yang dikemukakan oleh Pemuda PAS Pusat, yang dihantar dua minggu lalu.

Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa sebelum ini dilapor mendakwa penganjuran konsert panjang daripada jam 7 petang sehingga 7 pagi itu "telah melanggar garis panduan durasi persembahan sesebuah konsert" dan  mendesak Puspal memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.

Malah akar umbi Umno turut dilaporkan membantah penganjuran konsert yang panjang sebegitu kerana "masih tidak dapat diterima oleh kebanyakan rakyat Malaysia".

Mengulas lanjut mengenai keputusan kerajaan mengeluarkan lesen judi sukan , Herman berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Pemuda PAS pusat bagi  menentukan tindakan selanjutnya sama ada untuk menghantar memorandum bantahan atau berbincang terus dengan kerajaan.

NONE Perbincangan dengan Pemuda PAS Pusat dijangka diadakan minggu depan, tambahnya.

"Saya juga berharap NGO Islam dan bukan Islam akan turut membantah pengeluaran lesen judi ini, kerana ia melibatkan isu moral.

"Kita juga mahu mendapatkan reaksi kerajaan, agar rakyat ambil peduli perkara ini,"  katanya.

ADS