Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Setiausaha kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusof meminta semua pihak ‘menunggu dan lihat’ berhubung penyertaan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin serta 100 ulama ke dalam parti itu yang dijadual Jumaat ini.

Beliau yang juga ketua Umno bahagian Bukit Bintang sebelum ini mengumumkan bahawa  Dr Mohd Asri serta yang lainnya akan Umno menerusi cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Umno Online memetik Ab Rauf memberitahu demikian ketika berucap di mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bukit Bintang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu lalu.

"Tak apa, tunggu sama ada beliau masuk atau tidak. Tunggulah," kata Ab Rauf ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Bagaimanapun, Ahad lalu, Dr Mohd Asri menulis dalam blognya dan menegaskan bahawa beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

"Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini," tulis beliau dalam blognya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Mohd Asri dan kira-kira 20 ulama muda  mengadakan pertemuan dengan Ab Rauf di sebuah tempat di Lembah Kelang kelmarin.

Dalam pertemuan itu, bekas mufti Perlis itu dilaporkan berkata beliau "memerlukan masa bagi berfikir untuk menyertai Umno".

ADS