Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Jabatan Kesihatan Sarawak mengesahkan tiga orang dari Bakun telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan melioidosis.

NONE Menurut surat yang dihantar melalui pejabat Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr George Chan ( kiri ), sehingga pada 24 Julai lalu, 71 orang yang disyaki dijangkiti wabak itu telah dimasukkan kehospital untuk rawatan.

Daripada jumlah itu, 12 pesakit disahkan positif, tujuh didapati negatif manakala yang lain mazsih menunggu keputusan ujian mereka, lapor surat yang ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak, Dr Zulkifli Jantan.

Beliau juga mendedahkan daripada 12 kes itu, dua pesakit - seorang gadis berusia 11 tahun dari Sibu dan seorang lelaki berusia 56 tahun dari Kuching - telah meninggal dunia.

Zulkifli juga mengesahkan dua pesakit lelaki lain kini di unit rawatan rapi Hospital Bintulu untuk rawatan.

Seorang daripada mereka yang terlantar di unit rawatan rapi itu berasal dari Belaga dan bukannya Bakun yang terletak di daerah yang sama.

Hospital Bintulu juga sehingga 29 Julai lalu, merekodkan tujuh kes. Daripada jumlah itu enam belum disahkan.

Menurut Zulkifli lagi, daripada 157 pesakit mendapatkan rawatan pada 2009 di hospital-hospital di Sarawak tetapi tiada kematian dicatatkan.

Mala bakun dam under construction 041104 view 01 ysiakini pada bulan lalu melaporkan kemungkinan adanya arahan ‘tutup mulut’ berhubung statistik mengenai penyakit itu.

Seorang pegawai daripada Jabatan Kesihatan Sarawak memberitahu Malaysiakini terdapat pekeliling yang dikeluarkan bulan ini yang melarang mereka daripada mengeluarkan sebarang maklumat berhubung melioidosis.

Dalam reaksinya, Chan menafikan larangan itu dan berkata laporan yang memetik seorang pengurus sumber manusia di empangan Bakun yang mendakwa sembilan pekerjanya mati akibat jangkitan penyakit itu tahun lalu juga sebagai tidak benar.

Bagaimanapun ketika berbuat demikian timbalan ketua menteri itu terkeliru antara melioidosis dengan satu lagi wabak iaitu leptospirosis kerana beliau memberikan statistik leptospirosis seperti yang dilaporkan oleh Bernama .

Ch sam bakun catchment 210607 long pelutan an berkata seorang pekerja Bakun yang berusia 46 tahun dimasukkan ke hospital kerana disyaki dijangkiti leptospirosis, - sekaligus mengesahkan pekerja di empangan itu terdedah kepada kedua-dua penyakit berkenaan.

Kedua-dua penyakit itu secara tidak langsung diletakkan bersama berikutan kematian beberapa anggota penyelamat di Lubuk Yu.

Leptospirosis hadir pada kencing tikus manakala melioidosis adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria berkaitan air dan tanah yang senang menular di Malaysia, Australia dan negara-negara Asia Tenggara.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS