Permohonan Tharmendran soal pegawai didengar 1 Okt
Permohonan bekas sarjan tentera udara, N Tharmendran di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk memanggil dua pegawai tentera berpangkat mejar yang didakwa menyeksanya, akan didengar pada 1 Oktober.
Permohonan tersebut yang dikemukakan Isnin lalu oleh peguam N Surendram yang mewakili Tharmendran, sepatutnya didengar pagi ini, tetapi Hakim Asmabi Mohamad menangguhkannya selepas pihak mendakwa meminta lebih masa untuk menelitinya.
Oleh itu, permohonan untuk menggugurkan tuduhan terhadap Tharmendran (kanan) - yang dijadual didengar hari ini - hanya akan didengar selepas 1 Oktober.
Kedua-dua pegawai tentera tersebut didakwa telah menyeksa Tharmendran ketika dia ditahan oleh pegawai perisikan tentera untuk disoalsiasat berhubung kecuarian dua enjin pesawat pejuang.
"(Kedua-duanya) telah memfailkan afidavit menafikan dakwaan tersebut (tetapi) kita mahu menyoal mereka di mahkamah," kata Surendran kepada wartawan.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.