Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siasatan terhadap pengetua 'rasis' sudah siap

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kedah telah menyiapkan siasatan berhubung seorang pengetua sekolah menengah di negeri itu yang didakwa mengeluarkan perkataan berbaur perkauman kepada pelajar bukan Islam.

Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Shahidan Abd Rahman berkata pihaknya telah menyiapkan siasatan tersebut minggu lepas.

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini,  beliau kertas siasatan tersebut juga telahpun dihantar kepada Kementerian Pelajaran.

Menurutnya, sebarang tindakan ke atas pengetuan tersebut akan diputuskan oleh pihak kementerian.

Pengetua tersebut didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman dalam majlis perhimpunan rasmi di sebuah sekolah luar bandar di Sungai Petani.

Kata-kata itu diluahkan di depan lebih 500 murid tingkatan satu hingga lima serta kira-kira 45 guru pelbagai kaum semasa membuat teguran terhadap pelajar bukan Islam agar menghormati pelajar Islam yang berpuasa di bulan Ramadan.

Antara frasa yang mencetuskan kontroversi itu ialah "pindah ke negeri lain" dan "balik ke China."

Sementara itu, Shahidan berkata beliau tidak mengenai laporan yang menyebut bahawa pengetua berkenaan dijangka ditukarkan ke sekolah baru mulai 1 September ini.

Beliau berkata, setahunya tiada sebarang rancangan mengenai pertukaran pengetua berkenaan ke mana-mana sekolah.

Namun begitu, katanya, apa juga keputusan yang membabitkan pengetua berkenaan akan diputuskan oleh pihak kementerian.

ADS