Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) akan menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Besar Indonesia ke Malaysia esok berhubung tindakan penunjuk perasaan republik itu yang menghina Malaysia dengan membaling najis kepada bendera Jalur Gemilang.

Pengerusi Gertak Razali Idris berkata pihaknya akan menyerahkan memorandum tersebut kepada pihak kedutaan selepas solat Jumaat, kira-kira jam 2 petang.

NONE "Kita hanya mahu menyampaikan memorandum bantahan berhubung insiden tersebut. Kita tidak buat demontrasi atau bakar (sesuatu)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Menurutnya, beliau menganggarkan kira-kira 100 penyokong NGO itu akan hadir memberi sokongan di bangunan kedutaan tersebut.

Pada 23 Ogos lalu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah dilempar najis manusia oleh sekumpulan penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) dalam satu demonstrasi.

Dilaporkan seorang daripada 37 penunjuk perasaan itu melemparkan najis itu ke dalam perkarangan kedutaan itu melepasi pintu pagar hadapan dan di atas kepala barisan anggota polis Indonesia yang mengawal ketat di hadapan bangunan tersebut.

NONE Mereka juga melepaskan najis itu ke atas bendera Malaysia yang dipijak-pijak di atas jalan tempat mereka berkumpul di hadapan kedutaan itu.

Ekoran daripada insiden tersebut pelbagai pihak mengecam tindakan kumpulan tersebut termasuk Pergerakan Pemuda Umno dan Pemuda BN Johor Bahru yang turut menghantar memorandum bantahan kepada Indonesia.

Manakala Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyifatkan tindakan sekumpulan rakyat Indonesia membakar Jalur Gemilang dan melempar najis manusia ketika berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Isnin lepas sebagai "memalukan".

Malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menegaskan bahawa Malaysia tidak pernah berlembut dalam menangani isu yang dilihat mencemarkan kedaulatan negara, sebaliknya mahu Indonesia mengambil langkah-langkah perlu bagi menangani isu berkenaan.

ADS