Timbalan: Azmin 58, Zaid 25, Mustaffa 13
Sebanyak 37 lagi cabang PKR di sembilan negeri dijadual melangsungkan mesyuarat agung tahunan masing-masing hari ini.
Negeri-negeri itu ialah Terengganu (4 cabang), Perak (5), Melaka (2), Johor (4), Wilayah Persekutuan (5), Selangor (1), Sabah (5) dan Sarawak (4).
Setakat ini, sebanyak 100 cabang telah mengadakan mesyuarat dan melangsungkan pemilihan mereka masing-masing.
Berikut perkembangan semasa pencalonan:
7.55pm Di Pasir Salak , pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan: Mustaffa Kamil Ayub. Naib: Khalid Ibrahim, N Gobalakrishnan, Mohd Noor Manuty dan Lee Boon Chye.
Di Bayan Baru , pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan: Azmin. Naib: Mansor Othman, Fuziah Salleh, Shamsul Iskandar Md Akin dan Yusmadi Yusoff.
Di Segambut , pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan: Azmin. Naib: Mustaffa Kamil Ayub, Nurul Izzah, Lee Boon Chye dan Saifuddin Nasution.
Ini bermakna, daripada 100 cabang, Azmin mendapat 58 pencalonan, Zaid mendapat 25 dan Mustaffa 13 pencalonan.
6.28pm Di Nibong Tebal , pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan presiden: Azmin. Naib: Mansor Othman, Shamsul Iskandar Md Akin, Fuziah Salleh dan Lee Boon Chye.
Di Muar , pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan presiden: Zaid. Naib: Chua Jui Meng, Tian Chua, Nurul Izzah Anwar dan Saiful Iskandar Md Akin.
Di Kalabakan , pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan presiden: Azmin. Naib: Ansari Abdullah, Mansor Othman, Mustaffa Kamil Ayub dan Jimi Donald.
Ini menjadikan Azmin mendapat 56 pencalonan. Manakala Zaid pula mendapat 25 pencalonan dan Mustaffa kekal 12.
6.04pm
Di Balik Pulau , pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan: Azmin. Naib: Fuziah Salleh, Mansor Othman, Yusmadi Yusoff dan R Sivarasa.Speaker DUN Pulau Pinang Abdul Halim Hussein menang besar jawatan ketua cabang menewaskan naib ketua Mohd Shukri Ishak.
Di Ledang , pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan: Zaid. Naib: Chua Jui Meng, Nurul Izzah Anwar, Shamsul Iskandar Md Akin dan Tian Chua.
Di Sepang , pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan: Azmin. Naib: Xavier Jayakumar, Abdullah Sani, Yahya Shaari dan Shamsul Iskandar Md Akin.
Ini menjadikan Azmin memperoleh 54 pencalonan keseluruhan sebagai timbalan presiden. Manakala Zaid pula mendapat 24 dan Mustaffa kini kekal 12 pencalonan.
5.08pm
Di Gopeng , pencalonan Presiden: Wan Azizah, Timbalan: Mustaffa Kamal Ayub. Naib: Lee Boon Chye, Fuziah Salleh, Nurul Izzah Anwar dan Shamsul Iskandar Md Akin.Lee yang juga ahli parlimen cabang itu mempertahankannya jawatan ketua cabang menewaskan setiausaha PKR negeri Anuar Zakaria.
Di Kota Melaka , pencalonan Presiden: Wan Azizah, Timbalan: Azmin Ali. Naib: Shamsul Iskandar Md Akin, Mustaffa Kamil Ayub, R Sivarasa dan Fuziah Salleh.
Di Jasin , pencalonan Presiden: Wan Azizah. Timbalan: Azmin Ali. Naib: Mustaffa Kamil Ayub, Shamsul Iskandar Md Akin, Fuziah Salleh dan N Gobalakrishnan.
Di Bakri , pencalonan Presiden: Wan Azizah.Timbalan: Azmin Ali. Naib: Chua Jui Meng, Fuziah Salleh, Mustaffa Kamil Ayub dan Setiausaha PKR Johor Saiman Marzuki.
Ini menjadikan Azmin kini memperoleh 52 pencalonan, Zaid 23 dan Mustaffa sebanyak 12 cabang.
4.25pm Di Titiwangsa , pencalonan Presiden: Wan Azizah, Timbalan: Azmin. Naib: Fuziah Salleh, R Sivarasa, Tian Chua dan Shamsul Iskandar Md Akin.
Di Bukit Bendera , pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan: Azmin. Naib: Tian Chua, Mansor Othman, Fuziah Salleh dan Xavier Jayakumar.
Di Kepong , pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan: Zaid Ibrahim. Naib: Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, N Gobalakrishnan dan K Suresh.
Ini menjadikan Azmin secara keseluruhan mendapat 47 pencalonan, Zaid sebanyak 23 dan Mustaffa sebanyak 11 pencalonan.
3.39pm Di Setiawangsa . Pencalonan Presiden: Wan Azizah. Timbalan: Mustafa. Naib: Fuziah Salleh, Khalid Ibrahim, Tian Chua dan Datuk James Ghani.
Mustaffa kini mendapat 11 pencalonan keseluruhan.
3.25pm
Di Semporna . Pencalonan Presiden: Wan Azizah. Timbalan: Azmin. Naib: Ansari Abdullah, Datuk Mansor Othman, Mustafa Kamil Ayub dan Jimi Donald.Azmin kini mendapat 47 pencalonan keseluruhan.
3.20pm
Di Wangsa Maju , Zaid dicalonkan sebagai timbalan presiden oleh cabangnya sendiri, menjadikan keseluruhan 22 pencalonan. Datuk Seri Wan Azizah dicalonkan sebagai presiden.Manakala jawatan naib pula diberikan kepada Khalid, Tian Chua, Setiausaha Agung Saifudin Nasution dan Fuziah Salleh.
Zaid menang tanpa bertanding untuk jawatan ketua cabang berkenaan.

