BERITA

Zaid bukan lagi anggota PKR

Aidila Razak

Diterbitkan
Dikemaskini 22 Nov 2010, 8:13 pagi

PKR menerima peletakkan jawatan Datuk Zaid Ibrahim dengan serta-merta walaupun bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu memberikan notis sehingga 16 Disember depan.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, ini kerana PKR merupakan parti politik dan bukannya syarikat swasta yang mempunyai kontrak bekerja.

NONE Katanya, PKR memenuhi hasrat bekas menteri itu untuk meletakkan jawatan justeru lebih "memudahkan Zaid merancang langkah masa depannya".

"Kita (bila) menunaikan hasrat orang ini baik.

"Dapat pahala. Lagi cepat lagi afdal," katanya sinis.

Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang berkata, biro politik PKR membuat keputusan itu selepas bermesyuarat semalam.

"Mengikut perlembagaan, anggota boleh hilang taraf kalau dipecat atau tulis surat (mahu berhenti), (dan) Zaid telah tulis surat," kata Saifuddin dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.