Ronnie: Pasukan Perpaduan mungkin kalah tanpa saya
Dia mungkin gagal menganggotai barisan kepimpinan DAP Selangor, tetapi ahli senior DAP Ronnie Liu bertegas bahawa pasukan Perpaduan mungkin tidak mencapai kemenangan tipis jika tidak kerana sokongannya.
Bahkan, kata Liu (kanan), yang memperolehi 369 undi dalam pemilihan DAP Selangor Ahad lalu, pasukan Perpaduan boleh berterima kasih kepadanya kerana sekitar satu pertiga atau kira-kira 300 undi yang membolehkan mereka menang lapan daripada 15 kerusi jawatankuasa DAP negeri.
Bercakap kepada Malaysiakini dalam sebuah wawancara eksklusif semalam, Liu berkata, sebelum pemilihan, sokongan hampir sama banyak untuk pasukan Perpaduan dan pasukan Pelangi dan dirinya, dan secara terbuka menyokong, walaupun tanpa pelawaan, pasukan Perpaduan mencapai kemenangan.
"Jika saya memutuskan untuk tarik diri, pasukan Perpaduan mungkin kalah, kerana saat itu penyokong saya tidak akan berminat lagi dengan pemilihan itu, dan mereka tidak mengerti mengapa saya tidak sertai pertandingan," kata Liu yang menyifatkan dirinya sebagai "perabot" dalam DAP Selangor.
Persaingan sengit berlaku antara pasukan Perpaduan dan Pelangi dalam pemilih anggota jawatankuasa DAP Selangor Sabtu lalu.
Persatuan Perpaduan diketuai oleh exco kerajaan Selangor, Teresa Kok manakala Speaker DUN Selangor, Teng Cham Khim mengetuai pasukan Pelangi.
Pasukan Perpaduan memenangi tujuh daripada 15 kerusi. Manakala pasukan Pelangi menang lima kerusi, manakala tiga kerusi lagi dimenangi calon Bebas.
Teresa dan Teng masing-masing berjaya terpilih. Teng mendapat 504 undi di tangga keempat, manakala Teresa mendapat 437 undi ditangga ke-11.
Bagaimanapun, Liu gagal selepas menduduki tempat ke-21 dengan mendapat 369 undi.
Sementara, Liu menegaskan pentingnya usaha mengukuhkan DAP, memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.
Beliau bersedia menjadi orang tengah selepas persaingan sengit antara kedua-dua pasukan yang bertanding dalam pemilihan DAP Selangor Ahad lalu.

