Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Chegubard tidak sertai KITA pimpinan Zaid Ibrahim

Calon ketua pemuda PKR yang tewas, Badrul Hisham Shaharin hari ini mengulangi kesetiaannya kepada parti dan memberi jaminan bahawa beliau tidak akan menyertai parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang diterajui Datuk Zaid Ibrahim.

chegubard badrul hisham shaharin 271110 Malah, kata Badrul ( tiga dari kiri ) dalam satu kenyataan hari ini, bercanggah dengan pendapat ramai, Zaid tidak pernah mempelawanya dalam apa jua cara ataupun menawarkan wang kepadanya supaya berpaling tadah.

“Sememangnya sejak dari ketika proses pemilihan saya sudah difitnah menerima wang daripada Datuk Zaid sebanyak RM400,000 kononnya bagi menyokong beliau.

“Mungkin menghormati saya, Datuk Zaid tidak pernah pun mempelawa saya menyertai beliau keluar parti dan memasuki parti lain,” katanya..

Badrul, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, sebelum ini didakwa bergabung dengan Zaid yang ketika itu cuba bergelut dengan Azmin Ali untuk merebut jawatan nombor dua dalam PKR.

azlan Seperti  Zaid, Badrul yang juga ahli pengasas PKR, membidas parti itu berhubung kepincangan dalam pemilihan parti bulan lalu.

“Saya juga tegaskan kesetiaan saya kepada PKR tidak pernah goyah. Cuma kritikan yang saya lontar ialah demi kebaikan parti ini. Saya tidak mahu jika terdapat masalah kita asyik ‘menyapu’ semua masalah di bawah karpet.

Badrul turut  mengucapkan tahniah kepada Zaid yang telah memilih ‘kenderaan’ politik baru.

“Saya dan teman-teman menghormati pendirian yang beliau ambil dengan menyertai Akim dan kemudian melalui mesyuarat agung tergempar beliau terpilih sebagai presiden dan keputusan diambil menukar parti tersebut kepada Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA),” katanya.

NONE Sekurang-kurangnya Zaid melilih untuk terus berjuang demi rakyat dan mempertahankan prinsip yang beliau yakini, kata Badrul Hisham.

“Sebagai seorang yang pro-demokrasi saya mengajak diri saya dan semua melihat perkembangan ini dari persepsi positif.

“Saya juga berharap Datuk Zaid dapat menggunakan kenderaan politik baru yang beliau ada ini untuk menyemarakkan demokrasi, mendidik rakyat terbanyak mengenai hak seterusnya memperkasa rakyat,” katanya.

ADS