Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ahli parlimen Kota Raja Dr Mariah Mahmud berkata kehadirannya ke demonstrasi dan upacara membakar novel Interlok oleh sekumpulan penduduk kaum India di Klang kelmarin tidak semestinya bermaksud beliau bersetuju dengan tindakan itu.

Sebaliknya, tambahnya, ia untuk "menunjukkan kebersamaan ketika mereka memerlukan pemimpin".

hindraf pas forum anti-isa 131208 mariah mahmud "Saya diberitahu mengenai rancangan demonstrasi dan upacara pembakaran 2 jam sebelum itu. Saya tidak tahu siapa yang menganjurkan tetapi ahli-ahli DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS) dan pengundi-pengundi India Kota Raja dan dari kawasan Klang turut terlibat.

"Kebimbangan takut tercetus pergaduhan tidak boleh dinafikan kerana yang terlibat semua kaum India. Ahli DHPP minta saya hadir bersama dan sebagai wakil rakyat yang mereka pilih, wajar saya hadir menunjukkan kebersamaan saya ketika mereka memerlukan pemimpin mereka.

"Saya tidak semestinya bersetuju dengan mereka tetapi kehadiran saya boleh menyejukkan kemarahan mereka. Kebetulan penulisnya ialah seorang Melayu sebangsa dengan saya. Ketidakhadiran saya mungkin akan disalah tafsir sebagai menyebelahi penulis Melayu dan saya tidak berempati dengan mereka," katanya.

Mingguan Malaysia semalam  melaorkan Dr Mariah menghadiri demonstrasi kira-kira 100 penduduk India sambil membakar novel karangan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain di Dewan Sentosa Majlis Perbandaran Klang.

Motif Muhyiddin

Dr Mariah dilaporkan mengakui Interlok karya yang hebat tetapi terdapat frasa yang begitu sensitif di kalangan masyarakat India.

Mengulas perkara itu dalam blognya hari ini, Dr Mariah yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS berkata, ekoran laporan Mingguan itu, beliau dimajukan beberapa SMS daripada kumpulan seniman, termasuk  Sasterawan Negara A Samad Said yang mempersoal tindakan itu.

NONE Mengakui laporan akhbar Umno itu 90 peratus tepat, Dr Mariah mendakwa, Mingguan bagaimanapun tidak melaporkan bahawa beliau meninggalkan demonstrasi sebelum upacara pembakaran buku dan gambar penulis Interlok .

Menyatakan pendiriannya, Dr Mariah berkata, beliau berempati dengan masyarakat India kerana "mereka tidak mahu sejarah kasta dihidupkan di dalam minda anak-anak India."

Katanya, kenyataannya semalam turut mempersoalkan motif Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkenalkan novel itu ke sekolah.

"Saya yakin beliau tahu sangat isi novel dan potensi konflik yang akan timbul. Saya percaya dan yakin bahawa ada motif politik yang tersirat," katanya.

Dialog muhibah

Bagaimanapun, atas prinsip kebebasan berkarya dan bersuara, beliau tidak bersetuju Interlok tersebut diharamkan.

umno agm muhyiddin opening 191010 asri Sementara itu, mengulas tindakan itu, bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin ( kanan ) menyatakan perasaan terkejutnya dengan kehadiran "tokoh politik tertentu" dalam insiden itu.

"Saya rasa tokoh berkenaan sudah tersilap. Walaupun beliau pulang awal, tetapi kehadiran itu tidak tepat.

"Politik baru yang matang dan bijak tidak dapat bersetuju dengan kehadiran wakil rakyat atau ahli politik ke pentas yang seperti itu," katanya sambil menegaskan rasa kecewa dengan tindakan tersebut.

suhaizan kaiat Dalam perkembangan berkaitan, Pemuda PAS pula menganjurkan pertemuan muhibah antara kumpulan pro dan anti- Interlok .

Menurut ketua penerangannya Suhaizan Kaiat, pertemuan itu akan diadakan di sebuah tempat yang akan ditentukan kemudian pada 13 Januari ini.

ADS