Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak khuatir sekiranya Pakatan Rakyat menjaja isu kematian Teoh Beng Hock dan buku kontroversial Interlok pada pilihan raya kecil di Tenang.

"Tetapi kita tidak boleh mendiamkan diri. Jika mereka (Pakatan Rakyat) memutar perkara-perkara pembohongan dan fitnah yang sebenarnya tidak berlaku, (maka) tanggungjawab kita untuk memberi penjelasan.

"Kalau, tidak ada pihak yang tidak tahu, (akan) percaya tentang pembohogan dan fitnah yang mereka sebarkan," katanya.

NONE Malah, katanya, pembangkang sebenarnya tidak mempunyai sebarang isu selain menaburkan fitnah dan pembohongan. Justeru, sasaran BN untuk menang dengan majoriti 5,000 tidak akan terjejas sekalipun isu berkenaan dimainkan.

"Tidak ada banyak isu di Tenang. Tuntutan tanah oleh generasi kedua peneroka Felda sedang dipertimbangkan kerajaan,” kata Muhyiddin pada sidang medianya selepas proses penamaan calon.

Kempen lapan hari pilihan raya kecil Tenang bermula selepas proses penamaan calon selesai pagi ini.

NONE Pilihan raya ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara BN dan PAS.

BN menamakan Mohd Azahar Ibrahim, 39, yang sebelum ini merupakan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit manakala PAS mengumumkan bekas guru, Normala Sudirman, 38, sebagai calon parti itu.

"Kita pernah dapat (majoriti itu). Itu cabaran kita. Untuk saya, itu satu sasaran. Itu usaha kita untuk memotivasikan jentera. Itu KPI (Petunjuk Prestasi Utama) kita. Kita hendak lihat apa hasilnya," kata Muhyiddin.

Berdasarkan semangat dan sambutan yang diberikan oleh jentera BN semasa proses penamaan calon hari ini, beliau yakin BN mempunyai peluang yang baik untuk memenangi pilihan raya kali ini.

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 long pakatan banner "Saya yakin dengan calon kita. Latar belakang cukup baik, tidak ada apa-apa masalah perwatakan. Lagipun kawasan ini merupakan kawasan beliau sendiri. Kriteria ini dapat membantu pengundi-pengundi buat keputusan," katanya.

Ditanya sama ada BN yakin dapat mencapai sasaran majoriti undi melebihi 5,000, Muhyiddin berkata, BN menjangkakan sokongan kepada parti komponen itu akan bertambah berdasarkan beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh parti berkenaan

ADS