Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menjelaskan bahawa beliau tidak mengarahkan pihak berkuasa Universiti Putra Malaysia supaya menarik balik keputusan awal mereka membatalkan kemenangani 11 calon kumpulan pro-Mahasiswa dalam pilihan raya kampus Isnin lalu.

NONE Sebaliknya, kata Saifuddin, beliau hanya memberi pandangan kepada pihak universiti mengenai jalan terbaik untuk menangani isu tersebut.

"Berhubung dengan isu di UPM, saya telah menghubungi Naib Canselor, Prof Dato’ Ir. Dr Radin Umar Radin Sohadi pada pagi 23 Februari 2011, apabila dimaklumkan bahawa kemenangan sekumpulan mahasiswa dalam PRK (pada 22 Februari 2011) telah dibatalkan oleh pihak universiti atas alasan yang tidak munasabah.

"Saya ingin ulangi kenyataan saya sebelum ini, bahawa saya “tidak mengarahkan” Naib Canselor, sebaliknya “memberi pandangan” kepada pihak universiti tentang cara terbaik mengatasi isu tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Pada saya, alasan membatalkan kemenangan sekumpulan mahasiswa itu tidak wajar kerana:

NONE "Alasannya ialah kumpulan tersebut berkempen secara kumpulan. Saya anggap alasan ini tidak munasabah kerana umum tahu bahawa pihak yang membuat bantahan itu sendiri adalah sebuah kumpulan juga. Ini diakui sendiri oleh seorang daripadanya dalam perbincangannya dengan saya hari ini.

"Pembatalan itu dibuat tanpa memberi peluang pihak yang dibatalkan itu untuk membela diri.

"Jika berlaku pembatalan atas alasan yang tidak munasabah ini, saya bimbang kita akan dilabelkan sama seperti Burma yang tidak mengiktiraf kemenangan Parti Liga Demokrasi Kebangsaan pimpinan Aun San Su Kyi dalam pilihanraya pada 1990, atau AS, EU dan Israel yang tidak mengiktiraf kemenangan Hamas dalam pilihanraya Palestin pada 2006.

NONE "Saya memuji kesediaan dan keterbukaan naib canselor UPM bertemu dan mendengar aduan kelompok mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Malah keterbukaan beliau telah berjaya menyelesaikan isu tersebut dengan baik.

Namun, beliau kesal kerana terdapat juga sesuatu permintaan sekumpulan mahasiswa yang diinginkan daripada pegawai tertentu tidak dilayan sehingga menyebabkan insiden yang tidak diingini berlaku.

"Saya bukan menyokong permintaan mahasiswa itu, saya cuma kesal ia tidak dilayan.

"Saya juga kesal dan tidak bersetuju dengan tindakan sekumpulan mahasiswa yang menyebabkan kerosakan harta benda awam.

"Pun begitu, saya percaya jika permintaan kumpulan tersebut dilayan, maka insiden tersebut mungkin tidak akan berlaku," katanya.

upm scuffle 230211 Semalam, pintu kaca bangunan pentadbiran UPM yang menempatkan pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan, pecah selepas dirempuh sekumpulan mahasiswa pro-M.

Mereka dilaporkan bertindak demikian selepas Dr Mohd Fauzi enggan memberikan penjelasan mengapa kemenangan calon mereka dalam pilihan raya kampus itu kelmarin dibatalkan. Difahamkan mereka berkumpul di bangunan selama 19 jam - sejak jam 10 malam kelmarin.

Ia ekoran keputusan pentadbiran universiti menarik balik pembatalan kemenangan 11 calon pro-M selepas menolak tiga bantahan kerana "tidak berasas disebabkan di luar skop pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM 2011 dan kesalahan teknikal".

TNC HEP kemudian memanggil beberapa wakil pelajar untuk berbincang dan beliau bersetuju untuk mengadakan perbincangan lanjutan dengannya mereka pagi ini.

upm scuffle 230211 Bagaimanapun, ia dibatalkan atas permintaan pro-M 'kerana susana masih panas'.

Sebaliknya, mereka mencadangkan pertemuan itu diadakan selepas solat Jumaat esok di Kolej Kediaman 13.

Menurutnya, cadangan tersebut telah dimaklumkan kepada pegawai TNC HEP dan telah dipersetujui.

Antara yang akan dibincangkan, katanya, adalah mengenai cadangan mereka berhubung penambahbaikan pilihan raya kampus.

Sementara itu, Saifuddin telah mengadakan pertemuan berasingan dua kumpulan mahasiwa UPM berhubung isu berbangkit dalam pilihan raya kampus di UPM Isnin lalu.

Dua kumpulan mahasiswa tersebut ialah kumpulan Pro-Aspirasi UPM dan Persatuan Mahasiswa Islam UPM.

NONE Dalam kenyataan yang sama, Saifuddin berkata,, dalam kedua-dua pertemuan itu, beliau menekankan bahawa pilihanraya kampus (PRK) seharusnya dijadikan medan terbaik memberikan pendidikan politik dan demokrasi kepada mahasiswa.

Menurutnya, pendidikan politik dan demokrasi seharusnya merintis ke arah amalan demokrasi yang lebih matang di negara ini.

"Dalam konteks PRK, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana kumpulan mahasiswa atau mana-mana individu yang bertanding.

"KPT juga mahu PRK menjadi gelanggang politik yang sihat dan menyuburkan idealisme mahasiswa; dijalankan dengan, licin, telus dan adil; serta meningkatkan partisipasi mahasiswa dalam proses tersebut," katanya.

 

ADS