Kerajaan telah mengenalpasti senarai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk dilepaskan dan kini bergerak pantas mengurangkan pegangan sahamnya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala.

glc forum 240611 03 "Saya tidak akan beritahu kamu berapa banyak, tetapi kami tahu jumlah sebenar syarikat (yang kerajaan perlu lepaskan)

"Kami tahu syarikat itu dan harga sasaran untuk lepaskan. Idea itu datang daripada perdebatan dalam Majlis Tindakan Ekonomi negara dan dengan menyegerakan ia akan menjadi kenyataan," katanya dalam forum berhubung masa depan GLC semalam.

Bercakap di hadapan kira-kira 500 orang di hari terbuka GLC di Kuala Lumpur, Idris berkata cakap-cakap berhubung pelepasan GLC bukan perkara baru tetapi penyegeraan itu agak lemah sebelum ini.

[Baca berita penuh]