Pemaju jangka harga hartanah terus meningkat
Kira-kira separuh daripada pemaju hartanah di seluruh negara yang dibanci pada bulan Julai lalu menjangkakan harga hartanah akan meningkat akibat kenaikan kos bahan binaan.
Menurut Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia (Rehda), kira-kira separuh daripada pemaju yang ditinjau bercadang menaikkan harga sebanyak 15 peratus pada pelancaran projek mereka tahun ini.
Selain itu, 65 peratus daripada 147 responden menjangka harga umum pasaran akan meningkat 20 peratus pada separuh kedua tahun 2011.
Ketika membentangkan hasil kaji selidik persatuan itu di Petaling Jaya hari ini, ketua Redha Kuala Lumpur NK Tong (kanan) berkata, sebahagian besar kenaikan harga didorong oleh kenaikan secara besar-besaran dalam kos pembinaan.
Antaranya ialah kenaikan harga kos tetulang keluli yang telah meningkat sebanyak 13 peratus kepada RM2, 589 setan berbanding harga pada 2010. Harga simen pula naik sehingga 4 peratus daripada RM15.64 setiap beg pada 2010. Batu-bata juga meningkat 27 peratus kepada 42 sen berbanding 2010.

