Cadangan tubuh agensi khas perjelas institusi raja
Diterbitkan: Nov 30, 2011 6:13 PM | Dikemas kini: Nov 30, 2011 6:42 PM
Perwakilan Negeri Sembilan Hasnah Mohamad mencadangkan Majlis Raja-Raja menubuhkan agensi khusus bagi menerangkan tentang kefahaman dan menyebarkan mengenai kuasa-kuasa raja-raja.
Katanya, agensi tersebut juga boleh dijadikan sebagai pusat penyelidikan mengenai institusi raja di negara itu.
"Kami (juga) mencadangkan kepada kerajaan supaya memperkukuhkan tiang seri iaitu institusi raja-raja," katanya.
Sebelum itu, Ketua Wanita Kangar, Datuk Mastika Junaidah turut mencadangkan perkara yang hampir sama.
Mastika yang mengemukakan usul yang sama berkata beliau mencadangkan kepada kerajaan menubuhkan "jentera khas" untuk menerangkan tentang peranan dan fungsi raja-raja.

