Sebahagian daripada manifesto Pakatan Rakyat untuk pilihan raya umum ke-13 akan datang akan didedahkan pada konvensyen pakatan hujung minggu ini, melalui beberapa kertas kerja.

Pada sidang media hari ini, ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ‘Tawaran Jingga’ itu akan dibentangkan pada konvensyen di Alor Setar.

NONE “Tawaran Jingga ini akan dilancar dalam manifesto,” katanya.

Katanya, ahli exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa akan membentangkan kertas kerja mengenai pembaharuan memulihkan perkhidmatan awam manakala Ketua Pemuda DAP Anthony Loke pula mengenai ‘federalisme’.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pula akan menyampaikan kertas kerja mengenai anti-monopoli dan Ketua Biro Felda PKR,  Suhaimi Said akan membentangkan kertas kerja tentang reformasi Felda.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar pula berkata konvensyen dengan tema 'Bersihkan Malaysia' itu akan banyak memberi tumpuan terhadap pilihan raya umum akan datang yang dijangkakakn mungkin diadakan seawal selepas perayaan Chap Goh Mei yang disambut masyarakat Cina pada awal Mac.

NONE "Konvensyen ini akan memberikan rakyat Malaysia gambaran bagaimana Pakatan bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu dalam negara ... untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang dimiliki oleh semua rakyat Malaysia," katanya.

Konvensyen satu hari pada hari Sabtu ini akan menyaksikan penampilan sulung ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Malaysia sejak dibebaskan dari tuduhan meliwat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

[Baca berita penuh]