Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Yazid puji penyerang 9/11 kerana kembangkan Islam

Bagaimana seseorang menjelaskan kewajaran  kematian 3,000 nyawa yang tidak berdosa? Bagi ramai orang di seluruh dunia yang menyaksikan kemusnahan pada 11 Sept, 2001, sukar bagi menjelaskan kewajaran itu.

Tetapi tidak bagi Yazid Sufaat - suami, bapa, kapten tentera yang telah bersara, usahawan dan, mengikut Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) antara penaja serangan al-Qaeda yang meranapkan Pusat Dagangan Dunia di New York.

NONE Beliau turut menafikan dirinya seorang pengganas, walaupun menurut PBB, Yazid pada bulan Oktober 2001 pernah bertemu dengan Zacarias Mousaoui.

Zacarias pada tahun 2006 dihukum penjara seumur hidup oleh mahkamah Amerika Syarikat kerana kesalahan merancang serangan 9/11. Beliau juga dikatakan memberikan Yazid sekurang-kurangnya AS$35,000 untuk membuat persiapan berhubung serangan berkenaan.

Yazid ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa dalam  pulang dari Afghanistan di sempadan Thailand-Malaysia, pada bulan Disember 2001. Beliau ditahan sekurang-kurangnya tujuh tahun di Kamunting, Perak. Daripada tempoh tahanan itu, lima tahun adalah kurungan di bilik seorang diri.

sept 11 911 attack world trade centre new york  110906 Yazid, 48, yang diwawancara Malaysiakini di rumahnya minggu lalu, mempunyai jawapan yang mudah berhubung pembunuhan sesama manusia - jika apa yang dilakukan mereka itu adalah salah, Allah akan memberikan petanda.

Menurut beliau, tindakan militan yang didakwa membawa nama buruk kepada Islam sebenarnya melakukan kerja "pemasaran" apabila jumlah yang memeluk Islam semakin ramai.

"Niat mereka adalah suci. Apa yang mereka lakukan adalah satu ibadat, dan mereka mungkin melakukan kesilapan di sana sini, tetapi iman mereka, kepercayaan mereka terhadap keesaan Allah adalah benar.

"Jika mereka membuat kesilapan, mungkin dalam pelaksanaan, dan insyaAllah, Allah akan mengampunkan mereka," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS