Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
Lagi berita dari pengarang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bahawa kerajaan cuba mempengaruhi hakim yang membicarakan kes membabitkan Felda, antaranya berkaitan kadar perahan minyak.

Katanya, pihaknya akan menjawab dakwaan tersebut di parlimen minggu depan.

"Kita akan menjawabnya di parlimen minggu depan... It was completely distortion of fact (Ia memang fakta yang benar-benar diputarbelitkan," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi.

Najib berkata perkara tersebut akan dijawab oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan di Dewan Rakyat minggu depan.

Katanya, Ahmad - yang juga ketua penerangan Umno bertanggungjawab mengenai Felda - mempunyai semua faktanya.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution sebelum ini dilapor mendakwa, campur tangan itu dikesan berasaskan minit mesyuarat Felda yang dipengerusikan Najib di bangunan parlimen pada 27 tahun lalu.

Dalam sidang medianya di Parlimen, Saifuddin menunjukkan salinan minit mesyuarat itu kepada wartawan perenggan yang mengaitkan dakwaan yang menimbulkan kontroversi itu.

Sementara itu, Najib yang juga presiden Umno berkata kerajaan juga cuba untuk menyekat usaha "membocorkan maklumat kerajaan".

"Tetapi kadang-kadang kita tidak dapat (mengetahui) puncanya sebab dalam dunia sekarang ini, amat sukar kita nak menyekat kebocoran.

"Di Amerika Syarikat, Jabatan Negaranya (pun) sudah bocor," katanya.

ADS