ADUN Subang Jaya disiasat kerana 'fitnah'
Diterbitkan: Apr 21, 2012 10:46 AM | Dikemas kini: Apr 21, 2012 6:41 PM
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya Hannah Yeoh disiasat polis atas dakwaan "memfitnah" MCA.
Wakil rakyat DAP itu dijadual memberikan kenyataannya di balai polis SS17 pada jam 10.15 pagi ini.
"Polis panggil saya untuk siasatan terhadap laporan yang dibuat oleh MCA. Mereka kata ia disebabkan saya 'memfitnah" MCA.
"Polis bertindak cukup cepat... BN tidak boleh lagi dipersoal sekarang?" tanya Yeoh di laman Twitter.
Katanya, dakwaan itu berkaitan dengan tulisan di blognya yang mempersoalkan sama ada Timbalan Menteri Dalam Negeri Lee Chee Leong daripada MCA memberikan kerakyatan untuk mengundi.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.