Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Undi tak hadir 'hanya untuk pelatih tentera' PALAPES

Hanya pegawai tentera yang memberikan latihan kepada Unit Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dibenarkan mendaftar sebagai pengundi tidak hadir (PTH), jelas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

azlan "Untuk makluman, pelatih PALAPES tidak layak mendaftar sebagai PTH, tetapi jurulatih iaitu pegawai tentera yang bertugas di kem PALAPES layak mendaftar sebagai PTH.

"Oleh yang demikian, memang wujud lokaliti PALAPES untuk menempatkan jurulatih yg merupakan anggota tentera yang mendaftar sebagai PTH," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Menjawab soalan Malaysiakini melalui SMS, Abdul Aziz menjelaskan, menurut undang-undang pasangan tentera juga boleh memohon mendapat status PTH atau boleh menjadi pengundi biasa saja.

NONE Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar semalam meminta penjelasan SPR mengapa anggota PALAPES di universiti awam dibenarkan menjadi pengundi yang tidak hadir.

Katanya, sehingga jam 1 pagi semalam, beliau menemui nama 113 orang yang didaftarkan bawah lokaliti PALAPES di dalam daftar pemilih tambahan bagi suku pertama 2012 yang sedang dipamerkan.

Bagaimanapun, semakan Malaysiakini ke atas senarai 113 nama diberikan oleh Mahfuz itu menunjukkan kebanyakan adalah wanita, manakala anggota tentera adalah lelaki.

Semakan seterusnya dengan lamanweb SPR secara rambang ke atas nama orang awam dalam senarai tersebut menunjukkan mereka telah didaftarkan di kem tentera atau kolej tentera, dan mereka kini mahu ditukar kepada lokaliti PALAPES lokaliti.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS