BERITA

Ucapan di BERSIH 3.0 hanya 'motivasi', kata Azmin

Aidila Razak

Diterbitkan
Dikemaskini 4 Jun 2012, 8:31 pagi

WAWANCARA Sebulan berlalu sejak perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil BERSIH 3.0 diadakan namun isunya masih belum reda, terutama melibatkan timbalan presiden PKR Azmin Ali.

Beliau antara yang paling awal mendapat perhatian, malah pada pagi selepas perhimpunan berkenaan lagi kerana didakwa mempengaruhi para peserta perhimpunan dan menyebabkan kekacauan.

dataran breach barricade cordon 290412 azmin ali Bercakap kepada Malaysiakini dalam satu wawancara minggu lalu, MP Gombak itu berkata beliau tidak berniat untuk menghasut peserta perhimpunan supaya melanggar penghadang di Dataran Merdeka itu.

Beliau bersama ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin aktivis parti itu Badrul Hisham Shaharin menghadapi tuduhan di mahkamah atas dakwaan berhubung perhimpunan tersebut.

Azmin dituduh bersubahat dan menghasut peserta perhimpunan berkenaan supaya "membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka yang mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan tersebut."

thanggam bersih barrier breach barricade 010512 Azmin bagaimanapun menyatakan bahawa ucapannya itu hanyalah sebagai "motivasi" kepada orang ramai yang hadir.

“Tentulah pada masa itu, pemimpin politik perlu memotivasikan anggota kami dan rakyat supaya bangkit dan mempertahankan hak mereka sebagai rakyat Malaysia... Untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil. Adakah itu satu jenayah?," katanya.

Katanya isu melanggar penghadang itu telah mengalihkan fokus daripada "jenayah lebih serius" seperti dakwaan manipulasi pilihan raya.

Tambahnya, beliau juga berucap ketika perhimpunan tersebut atas permintaan seorang pegawai polis kanan untuk mententeramkan orang ramai.

[Baca berita penuh]

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.