Timbalan presiden PKR Azmin Ali hari ini diasak dengan soalan para wartawan yang dilihat begitu berminat untuk mengetahui mengenai satu siasatan kes rasuah yang dibuka ke atasnya pada 1995.

Azmin ketika ditanya dalam sidang media berkenaan – termasuk oleh media mesra BN, TV3 – menyatakan bahawa siasatan berkenaan merupakan "penganiayaan politik" ke atasnya.

Dengan sinis, beliau juga menyatakan bahawa jawapannya untuk soalan berhubung kes itu ialah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia merupakan badan yang "sangat efisien," katanya.

Katanya perkara itu boleh dilihat seperti dalam kes National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Katanya, dalam masa sinkat SPRM menutup kes berkenaan dan membebaskan Shahrizat "walau banyak persoalan yang masih belum dijawab."

[Baca berita penuh]