Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang memandangkan ia masih belum diluluskan pendaftaran, dan pilihan raya umum semakin hampir.

Presiden penajanya Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir bagaimanapun berkata, pemimpin IKATAN boleh bertanding atas tiket parti lain yang bersedia menerima.

NONE "Saya rasa ia terlalu awal untuk serius memikirkan bertanding dalam pilihan raya.

"Dalam jangka masa panjang, kita tidak hanya bertanding dalam pilihan raya atau mendapatkan pangkat, tetapi untuk memastikan dan membawa rakyat dan negara balik ke pangkal jalan menyambung kembali akar perjuang pemimpin dahulu.

"Kita mempunyai calon boleh menang, tetapi kita masih belum berdaftar... Mereka boleh bertanding atas parti yang lain," katanya.

Bagaimanapun, Kadir yang juga bekas menteri kabinet menegaskan beliau yakin IKATAN akan menjadi "parti utama" dalam negara dan dan akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 dengan "cara yang besar".

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan penubuhan IKATAN di Serdang pagi ini.

NONE Kadir berkata buat masa ini, partinya akan memberi tumpuan berkaitan isu "perpaduan bagi menjayakan bangsa Malaysia yang menjadi tujuan dalam Wawasan 2020".

"(Kita lihat) soal perkauman dan keagamaan dimain-mainkan. Ini akan membahayakan negara kita, membinasakan negara kita," tegasnya yang juga bekas timbalah presiden Angkatan Amanah Malaysia (AMANAH).

Sejuta ahli dalam setahun

Ditanya sama ada IKATAN memberikan sokongan terhadap Pakatan Rakyat, Kadir berkata partinya adalah parti yang berdasarkan isu semasa.

"Ada isu-isu, banyak kita bersama dengan Pakatan, dan ada yang kita tidak bersetuju... (Parti) kita berdasarkan isu," katanya sambil menafikan partinya berperanan sebagai "kuasa ketiga".

NONE Kadir berkata pihaknya membuat permohonan rasmi kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) kelmarin dan berharap kelulusan diberikan segera seperti Parti Makkal Sakti dan Parti Bersatu India Malaysia (MUIP).

IKATAN mensasarkan keaggotaan antara sehingga sejuta orang dalam tempoh satu tahun, kata Kadir lagi.

Beliau berkata ramai di kalangan pemimpin AMANAH telah menyertai IKATAN, bagaimanapun beliau tidak memaksa presidennya Tengku Razaleigh Hamzah ( atas ) untuk berbuat demikian.

Kadir juga enggan mendedahkan "tokoh besar" akan menyertai parti itu kerana ia didakwa boleh membahayakan individu terbabit.

"Kita juga ada muka baru, berkelulusan tinggi dan bertanggungjawab. Jadi kita cari muka-muka baru," katanya.