Muhyiddin: Siasat semula Azmin bukan kerja BN
Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata gabungan itu tiada kena mengena dengan siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadap Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang muncul kembali selepas 17 tahun.
Katanya, keputusan membuka kembali kes itu dibuat sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
BN tidak terlibat kerana SPRM merupakan badan bebas dan boleh membuka semula apa fail pun yang mereka mahu, kata Muhyiddin.
Beliau yang juga timbalan perdana menter berkata, pengumuman berkaitan keputusan itu juga tidak dibuat oleh ahli politik.
Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM Tan Sri Hadenan Abdul Jalil pada 31 Mei memberitahu, pihaknya memperakukan supaya siasatan dakwaan rasuah terhadap Azmin pada 2009 dibuka semula .
Untuk maklumat lanjut, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali, yang turut hadir, berkata suruhanjaya itu mungkin memanggil Azmin dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim jika keterangan mereka dikehendaki.

