Jerman dan Portugal mara ke pusingan suku akhir UEFA Euro 2012 selepas menewaskan lawan masing-masing dalam perlawanan kumpulan B awal pagi ini.

Jerman menewaskan Denmark dengan jaringan 2-1 manakala Portugal pula menumpaskan naib juara Piala Dunia 2010, Belanda juga dengan jaringan yang sama.

Dengan kemenangan tersebut, Jerman yang dibimbing oleh jurulatih Joachim Leow mengumpul sembilan mata - menang semua perlawanan dalam kumpulan tersebut.

Gol Jerman dijaringkan pemain tengah Lukas Padolski pada minit ke-19 dan pemain gantian Lars Bender pada minit ke-80 separuh masa kedua.

Gol tunggal Denmark pula dijaringkan oleh pemain penyerang lincahnya, hasil tandukan Micheal Krohn Dehli pada minit ke 24 selepas menerima hantaran dari rakannya Nikolas Bendtner.

Sementara kedua-dua gol Portugal - yang dibimbing Paolo Bento - pula dijaringkan oleh penyerang sensasinya Cristiano Ronaldo pada minit ke-28 dan 74.

Gol tunggal Holland disumbangkan oleh pemain tengah Tottenham Hotspurs, Rafael Van Der Vart pada minit ke-11.

Pemerhati bola sepak berpendapat, jaringan penyerang kelab Real Madrid itu, membuktikan sentuhannya masih lagi berbisa dan menepis dakwaan liar yang menyatakan beliau ketandusan menjaringkan gol.

Di peringkat suku akhir,  Portugal akan bertemu Republik Czech di peringkat pada 22 Jun, sementara Jerman akan bertemu Greece, pada hari berikutnya.

Setakat ini, pasukan Jerman merupakan pasukan pertama yang 'meratah' ke semua lawannya dalam perlawanan kumpulan B.