Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Penulis lirik popular Buddhi Hekayat mengkritik kerajaan Pakatan Rakyat yang didakwanya ketinggalan dan "lebih jauh dan lemah" berbanding kerajaan BN dalam memartabatkan seni budaya dan kebajikan seniman.

Beliau - yang popular dengan lagu "Awan Nano" nyanyian Hafiz AF  - turut mempersoalkan program apa yang dianjurkan selama empat tahun kerajaan Pakatan memerintah di beberapa negeri.

ijok by election pkr umno money 240407 hasmi hashim "Kita faham debat hudud antara kerajaan Kelantan dan kerajaan persekutuan. Maksudnya nak melaksanakan hudud (kerana) perlu kelulusan kerajan persekutuan.

"Tetapi untuk memberi dana yang cukup untuk membiayai program kebudayaan, tidak perlu tunggu kerajaan persekutuan," kata Buddhi atau nama sebenarnya Hasmi Hashim.

Hasmi ( kanan ) bagaimanapun berkata, ini tidak bermaksud negeri BN seperti Pahang lebih baik daripada kerajaan PAS Kedah contohnya kerana perbandingan itu tidak sesuai.

"Bukan bermakna Pahang lebih banyak daripada Kedah. Saya tidak kata perbandingan dengan regim lama. Kalau kita nak buat perubahan, perbandingan itu mesti dengan yang lebih baik.

"Jangan bandingkan dengan yang lebih buruk," katanya sambil mengetahui keresahan kumpulan seniman berdepan dengan kekuasaan.

NONE Dalam forum bertajuk "Artis berpolitik: Sekadar glamor atau prinsip" di ibu negara malam tadi, Hasmi berkata, kerajaan Pakatan di Selangor, Kelantan dan Kedah tidak perlu mendapatkan kelulusan pusat untuk mengeluarkan dana untuk program kebudayaan.

"Tapi bila semak program kebudayaan di negeri Pakatan Rakyat, itu masih (ketiggalan) terlalu jauh dan lemah," tegasnya.

'Akhirnya antikebudayaan, bakar buku'

Hasmi yang juga ketua Cabang PKR Parti Sulong itu ditanya tentang sejauh mana isu seni, budaya serta kebajikan seniman dimartabat oleh kerajaan Pakatan dan jaminannya jika menguasai Putrajaya.

NONE Akademi Pak Sako sebagai penganjur turut mengundang dua artis popular - Hairie Othman dan Zed Zaidi - sebagai panelis.

Hairie, hero filem Leftenan Adnan dijadual dijadual menyertai PAS hari ini di Johor Bahru manakala Zed Zaidi - aktivis Umno - sebelum ini terkenal dengan drama bersiri Sembilu Kasih di RTM.

Sehubungan itu, mengumpamakan "golongan yang ingin membuat perubahan" seperti pengikut "Lutherian", Hasmi bimbang mereka "tidak membawa apa-apa perubahan", sebaliknya menjadi antikebudayaan seperti membakar buku atau filem.

"Awak kata nak buat perubahan. Sebab itu saya bercakap kepada kumpulan artis supaya kamu perlu lebih tahu persoalan yang lebih besar," katanya.

NONE Sebelum itu, Hasmi - yang terlibat dalam politik lebih 14 tahun sejak Reformasi - menyatakan kebimbangannya terhadap artis yang yang memasuki gelanggang politik akhirnya "tidak bertahan lama".

Lutherian merujuk kepada kumpulan pembaharu Kristian pimpinan ahli teologi Martin Luther sekitar abad ke-16.

Mengulas perjalanan artis dalam dunia politik, Hasmi berkata berdasarkan pengalamannya "politik tidak semestinya manis, suara bukan selalunya didengari oleh orang politik".

"Saya bertarung dalam parti saya, saya kalah. Tetapi saya bertarung dalam Muzik-muzik , saya menang," katanya diiringi tepukan dan ketawa para hadirin.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS