Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis larang berarak dalam demo antipenyenaraian Felda

Polis tidak membenarkan kumpulan antipenyenaraian Felda daripada berarak ke Istana Negara dalam perhimpunan besar mereka ibu negara pada Sabtu ini, kata Gerakan Selamat Felda (GSF), penganjur acara itu.

Koordinator GSF Mazlan Aliman berkata, perkara itu dimaklumkan kepada mereka dalam rundingan dengan polis kelmarin.

Bagaimanapun, tambahnya, keputusan itu belum dimuktamadkan kerana tidak mendapat persetujuan penganjur, dan perbincangan masih diteruskan.

NONE Menurutnya lagi, keputusan sama ada ada perarakan bermula dari dataran di luar kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menuju ke Istana diteruskan akan diketahui sehari sebelum perhimpunan.

"Polis tak bagi berarak kerana merbahaya kepada pengguna jalan raya. Ini kerana, kalau berarak, cuma jalan itu sahaja yang ada.

"Jadi akan berlaku kesesakan dan menghalang lalu lintas. Kita sedang menelitinya," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Kalau remeh, istana tak datang

Himpunan Oren diadakan untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap langkah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) di Bursa Malaysia.

Mazlan berkata keputusan tersebut merupakan salah satu daripada tiga perkara yang dibincangkan GSF dan pihak polis dan pihak Istana sewaktu pertemuan di ibu pejabat polis Daerah Sentul, kelmarin.

NONE Kataya, kehadiran wakil pihak Istana dalam perbincangan tersebut menunjukkan bahawa isu berkenaan dianggap sebagai kepentingan rakyat.

"Kalau anggap remeh, wakil istana tak datang. Apa perlu dia datang... istana tunggu senarai nama (untuk hantar memorandum)," katanya.

Katanya lagi, GSF akan memuktamadkan senarai lima nama yang akan menyerahkan memorandum menuntut Yang di-Pertuan Agong campurtangan dalam penyenaraian FGV itu esok.

Hadi, Mat Sabu akan sertai

Lokasi perhimpunan di dataran di luar kompleks mahkamah Jalan Duta, juga belum diputuskan, katanya.

"Kita akan meneliti pendirian polis. Sehari sebelum perhimpunan kita akan muktamadkan pendirian dan langkah-langkah terbaik untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku," jelasnya.

Tambahya, beliau berharap kehadiran 20,000 orang ke perhimpunan tersebut menjadi satu sejarah penting kepada Felda.

azlan "Ini kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah Felda. Tidak semestinya peneroka yang hadir. Kita tidak mahu isu ini menjadi isu kepada peneroka Felda semata-mata," katanya.

Katanya, setakat ini seramai 1,000 peserta daripada Kedah mengesahkan kehadiran selain 5,000 orang dari Pahang dan seramai 3,000 orang bekas tentera.

Perhimpunan itu juga akan disertai beberapa pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Katanya, pihaknya sedang menunggu respon daripada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri perhimpunan itu walaupun pihaknya telah menghantar undangan kepada ketua pembangkang itu.

ADS