Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang bekas menteri pendidikan Korea Selatan merupakan antara pakar asing yang memberi sokongan ke atas rangka tindakan pendidikan baru Malaysia yang akan dilancarkan esok.

Byong-Man Ahn ketika bercakap kepada pemberita hari ini berkata, rancangan itu melebihi daripada usaha yang pernah dijalankan di negara itu.

"Saya akui bahawa saya (amat) cemburu dengan apa yang negara anda lakukan sekarang. Projek ini sangat besar dan amat terperinci. Kami tidak pernah lakukan di Korea sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung rangka tindakan tersebut hari ini.

Ahn merupakan salah seorang daripada pakar antarabangsa yang menjadi perunding untuk pelan berkenaan sepanjang lapan bulan lalu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS