PKR tuntut Najib tunai janji Hari Malaysia
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memenuhi janji kerajaan untuk memansuhkan ISA tahun lalu dengan membebaskan tahanan yang masih dikurung bawah akta tersebut.
Bercakap dalam satu forum di Shah Alam semalam, Rafizi berkata penahanan berkenaan menunjukkan Najib sering membuat janji tetapi masih ada belum ditepatinya.
"Saya minta Najib supaya membebaskan tahanan ISA. Sudah cukup masa untuk beliau hapuskan ISA yang diumumkan menjelang 16 September tahun lalu.
"Esok (hari ini) masih ramai lagi tahanan ISA yang masih merengkok dalam penjara dan tidak tahu nasib mereka di Kamunting," katanya dalam forum "Negara Berkebajikan: Analisis, Realiti dan Praktikaliti" di Shah Alam semalam.
Forum sehari itu merupakan sebahagian daripada Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam.
Najib membuat pengumuman untuk memansuhkan ISA semasa perutusan khas sempena Hari Malaysia, tahun lalu.
[Berita penuh menyusul]

