Panel penilaian operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mengarahkan bahagian operasinya mendapatkan lebih banyak bukti berkaitan dakwaan terhadap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sebelum dituduh di mahkamah.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Mohd Shukri Abdull berkata, perkara itu dibentangkan kepada panel dalam mesyuarat terakhir pada Mei lalu.

NONE "Siasatan terhadap Musa tentang rasuah (bukan salah guna kuasa) dan siasatannya sudah selesai, tetapi panel mengarahkan kami mendapatkan lebih banyak bukti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada siasatan terhadap Musa antara kes yang tidak dapat dibawa ke mahkamah bawah Seksyen 12 Akta SPRM, seperti kenyataan anggota Parlimen PAS Salahuddin Ayub.

Seksyen itu berkenaan penggunaan jawatan atau kedudukan untuk kepentingan peribadi.

[Baca berita penuh]