Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengarah beberapa bahagian utama Felda telah dipindahkan jawatan kerana "menyokong bekas pengurus besar Felda Zulkifli Wahab", dakwa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).

mazlan aliman anak NGO yang memperjuangkan nasib generasi kedua anak Felda itu mendakwa, rombakan itu melibatkan pengarah tanah, sumber manusia dan jabatan kewangan.

Presidennya Mazlan Aliman mendakwa, mereka 'dibekukan' dengan diletakkan di Program Gedung Makanan bermula hari ini.

Beliau juga mendakwa, berdasarkan makluman "dalaman", kira-kira 20 orang dipindahkan daripada bahagian masing-masing.

Mazlan pada tahun lalu mendakwa Zulkifli dipaksa mendapatkan cuti belajar, ekoran perbezaan pandangannya dengan pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berhubung usaha menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di Bursa Malaysia.

[Baca berita penuh]

ADS