Polis akan menyiasat dakwaan terdapat anggotanya meminta RM300 daripada isteri kepada tahanan yang meninggal dunia dalam penjara P Chandran, kata Ketua Polis Daerah Cheras Mohan Singh.

"Kami sedang menyiasat perkara itu bagi memastikan sama ada dakwaan itu benar, dan kami undang anggota keluarganya tampil membantu mengenal pasti mereka yang didakwa terlibat," kata Mohan ketika dihubungi.

NONE Beliau juga berkata, antara tiga laporan polis yang dibuat sekitar kematian Chandran, hanya satu dibuat dalam daerahnya. Laporan itu dibuat di balai polis pudu.

Dua lagi laporan dibuat di Simpang Renggam.

"Polis KL akan menyiasat segala dakwaan itu," kata Mohan ketika ditanya dakwaan yang dibuat dalam laporan polis yang dibuat oleh adik mendiang R Rajan Naidu.

Rajan Naidu semalam mendakwa terdapat anggota polis meminta RM300 daripada isteri mendiang N Selvi ketika dia mahukan maklumat berkaitan di ibu pejabat polis daerah Cheras sejurus sebelum meninggal dunia.

Bernama sebelum ini melaporkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad sebagai berkata, Chandran meninggal dunia akibat penyakit jantung di lokap Balai Polis Dang Wangi pada 10 September.

[Baca berita penuh]