Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri gesa ibu bapa Orang Asli lapor dakwaan rasuah

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zarkashi menggesa ibu bapa kepada empat murid Orang Asli yang ditampar supaya membuat aduan rasmi berhubung dakwaan bahawa guru berkenaan cuba merasuah mereka.

Katanya, beliau belum menerima apa-apa laporan berhubung perkara itu dan menggesa ibu bapa terbabit supaya berbuat demikian.

Tambahnya, kejadian yang didakwa berlaku itu dianggap sebagai rasuah malah ia juga umpama guru berkenaan mengakui kesilapan mereka.

"Sekiranya ini dapat dibuktikan kita akan mengambil tindakan ke atas guru terbabit," kata Puad.

Katanya lagi, kementerian tidak membenarkan tindakan menampar murid dan tindakan disiplin boleh diambil atas perbuatan tersebut.

Beliau juga menggesa Jabatan Pelajaran Kelantan meneliti dakwaan ibu bapa berkenaan.

[Baca berita penuh]

ADS