Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Penasihat Kempen Anti Saman Ekor Zulhazmi Sharif kesal kerana terdapat pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dibenarkan menjalankan pertuduhan di mahkamah majistret hari ini.

Sedangkan, pegawai berkenaan tiada kuasa untuk menjalankan pertuduhan bagi kes saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) itu, melainkan diberi kebenaran oleh timbalan pendakwa raya, katanya.

NONE Zulhazmi (kanan sekali) berkata, hanya pendakwaraya, timbalan pendakwaraya atau pegawai JPJ yang mendapat kebenaran pendakwaraya layak menjalankan pendakwaan berkenaan.

Namun, keadaan sebaliknya berlaku di tiga Mahkamah Majistret hari ini di mana terdapat kes yang diteruskan dengan pendakwaan oleh pegawai JPJ tanpa kebenaran bertulis daripada timbalan pendakwa raya, katanya.

"... Peguam negara perlu menasihatkan JPJ kerana jika hendak mendakwa, menuduh pesalah mesti ada kebenaran yang dikeluarkan.

"(Pegawai JPJ berkenaan) boleh (didakwa) menghina mahkamah," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Menurutnya, sebilangan tertuduh di Mahkamah Majistret di Putrajaya, Kajang dan Kuala Lumpur mengaku salah dan membayar saman selepas dibacakan pertuduhan oleh pegawai JPJ berkenaan.

NONE Namun, terdapat juga kes yang ditangguhkan ke tarikh lain kerana manistret mengarahkan pegawai JPJ berkenaan mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu.

Di Mahkamah Majistret Sepang pula, Zulhazmi berkata pertuduhan berkenaan kemudiannya dijalankan timbalan pendakwa raya selepas barisan peguam mengemukakan bantahan.

 

 "Bagaimana dengan OKS (orang kena saman) yang membayar denda? Adakah ia sah, apabila OKS mengaku salah, dan membayar denda, sedangkan dakwa pun tak sah," katanya.

Katanya lagi, JPJ sepatutnya memulangkan bayaran denda yang dikutip daripada tertuduh berkenaan.

Barisan peguam KASE hari ini mewakili lima pesalah saman AES dalam kes yang dijalankan di Mahkamah Majistret Putrajaya, lapan tertuduh di Sepang, tiga di Kuala Lumpur dan dua lagi di Kajang.

ADS